Tuesday 26 January 2016







BLOG KAMPUNG STUGA

Salam sejahtera buat semua pembaca blog STUGA VILLAGE. Dalam blog ini saya akan memperkenalkan serba sedikit tentang kampung saya iaitu STUGA.

 

Untuk pengetahuan pembaca blog sekalian, Kampung STUGA mendapat nama daripada nama sebuah sungai yang terdapat di kampung saya iaitu  SUNGAI STUGA.Sungai Stuga ini juga bergabung dengan sebatang sungai iaitu sungai BATANG LUPAR.Kampung Stuga juga berdekatan dengan Jambatan Batang Lupar yang telah dibina sejak zaman berzaman.Seperti sedia maklum Sungai Batang Lupar ini mempunyai sejenis repitilia yang dikenali ramai iaitu BUAYA.Masyarakat yang menetap di kampung Stuga kebanyakan terdiri daripada masyarakat iban. Masyarakat di Kampung Stuga menjalani aktiviti pertanian.Kebanyakan anak muda di kampong Stuga tidak tinggal di kampung kerana  telah bekrja di bandar.Apabila tiba musim perayaan kampong stuga akan menjadi meriah kerana kepulangan sanak saudara dari bandar.Kampung Stuga terletak di Daerah Lubok Antu.Perjalanan kampong Stuga ke pekan Engkilili hanya sejauh 3km sahaja.

Terima kasih kepada pengujung blog ini kerana sudi singgah untuk menatap serba sedikit mengenai kampung STUGA.

Jambatan Batang Lupar

Sungai Batang Lupar





Permandangan Di Kawasan Kampung Stuga